Apa yang anda fikirkan tentang warna peralatan tandas?

Kesesuaian pemilihan warna biasanya berkaitan rapat tentang design dan corak. Warna peralatan menentukan keceriaan tema sesuatu bilik air anda. Bilik air dewasa berbeza dengan kanak-kanak begitu juga antara lelaki dan perempuan. Bagaimana pula dengan kemasan dinding dan lantai? Ianya amat penting untuk menyerlahkan Bilik air anda sebagai salah satu dari komponen hiasan dalaman.

Walaubagaimanapun warna putih merupakan warna universal dan boleh diadunkan dengan pelbagai warna kemasan lain. Putih melambangkan kebersihan, sesuai dengan bilik kebersihan. Amat sesuai untuk orang yang berumur mengetahui tahap kesihatan mereka dengan peralatan tandas berwarna putih.

Comments