Selamat Tahun Baru 2014

Sempena tahun baru 2014 yang akan menjelma dalam masa yang terdekat ini, kami warga kerja Balisya Trading ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pelanggan dan kenalan yang menyokong perniagaan ini.

Tahun 2014 genap 5 tahun pembukaan Balisya Trading di Batu Caves para April akan datang. Kami akan memperkenalkan jenama JOMJAMBAN dengan #jomjamban untuk semua media sosial. Anda akan melayari dengan mudah dengan mengguna hashtag di atas.

Kami juga akan memperbanyakkan produk  yang berkonsepkan penjimatan air, pintar dan perkhidmatan berkualiti untuk pelanggan.

Sebagai menghargai jasa pelanggan kami akan mengadakan Hari penghargaan Pelanggan HPP pada 10hb April 2014. Banyak aktiviti jualan dan produk baru akan dijalankan pada hari tersebut. Hadiah untuk pelanggan yang membeli set tandas dan basin yang berupa tap basin, baju t akan diberi  PERCUMA . Anda semua dijemput hadir.

Selamat Tahun Baru 2014.

Comments