Tukang Paip

 Aziba adalah bekas pekerja dari GBH (pengeluar tandas terbesar di Malaysia). Beliau baru saja menamatkan perkhidmatan dengan majikan lamanya setelah berkhidmat 28 tahun (separuh dari usia beliau berkhidmat dengan majikan lamanya).

Beliau datang menawarkan khidmat dengan Balisya. Kami menerima dan memberi beliau tugasan seperti berikut, membuka tandas duduk yang lama, GBH Trivolla keluaran pertama(usia hampir 22 tahun) dan memasang semula tandas Ezyflik Conlay 1 piece yang baru.

Hasilnya memang berkualiti dari segi kemasan. Terima kasih Aziba.

Comments